SATIN LIPS



Bibir menawan serlah keyakinan 

 
Salah satu cara terbaik menjaga bibir adalah dengan TIDAK menjilat bibir dengan lidah dan elakkan daripada mengigit bibir.


 Pastikan kamu meminum air secukupnya.

Gunakan balm bibir yang TIDAK mengandungi alkohol ataupun asid.

Cucilah bibir dengan sempurna.


Untuk menjaga kesihatan bibir, Mary Kay menawarkan produk berikut yang mudah digunakan:-

1) Bagi mencuci lipstik atau lipglos, bersihkan bibir dengan menggunakan Make Up Remover yang tidak mengandungi alkohol dan minyak.

2) Jangan menonyoh bibir ketika membuang mekap, lapkan sahaja dengan lembut.

3) Dua atau tiga kali seminggu, cucilah bibir dengan exfoliator untuk bibir. Mary Kay menawarkan Masker untuk bibir. Cara menggunakannya mudah sahaja dan tidak memakan masa yang lama. Hanya sapu sedikit masker ke bibir dan tapakannya selama 2 minit. Kemudian basahkan jari dan sapu hujung jari ke bibir dengan gerakan membulat bagi menyingkirkan sel kulit bibir mati. Kemudian bilas dengan air. Amalan menggosok bibir dengan menggunakan berus gigi sebelum tidur dapat juga menanggalkan sel mati.

4) Gunalah balm untuk bibir bagi memastikan bibir tidak merekah, pecah dan berdarah. Jika kulit bibir terkopek, sapukan mask. Elakkan dari menggentelnya atau menariknya kerana ini akan menyebabkan kulit bibir yang sihat ikut sama tertarik dan menjadi rosak. Mask akan membantu menanggalkan kulit bibir yang terkopek itu dengan lembut tanpa merosakkan kulit bibir yang baik.

5) Gunalah 'creme' lipstik yang bervitamin atau yang mengandungi SPF untuk penjagaan sepanjang hari. Bagi menjadikan gincu tahan lebih lama, ratakan sedikit concealer ataupun bedak asas pada bibir. Gunakan penggaris bibir dan warnakan bibir dengannya sebelum menyapu gincu bibir sepenuhnya. Selain itu, concealer dapat juga menutup cela pada bibir dan melukis bentuk bibir yang diinginkan.

6) Warna gincu boleh juga dicampurkan pada bibir bagi menghasilkan rona yang unik. Idea ini dapat membantu 'menyelamatkan' warna gincu yang kurang menyerlah.

7) Sapuan lip gloss di bahagian tengah bibir atas dan bawah dapat memberi ilusi bentuk bibir yang mungil dan segar. Elak menyapu seluruh bibir dengan lip gloss kerana bibir akan kelihatan berminyak. 



JGN TUNGGU LG!! BELI LA..BEST!!

LIP MASK+LIP BALM = RM80